Pages

Monday 24 December 2012

Kerabu Ikan Bilis Daun Selom

Tak puas makan kerabu ikan bilis kat majlis kenduri ahad lepas, jadi hari nie balik aje kerja terus singgah Central Mart untuk mencari bahan2 buat kerabu ikan bilis nie.  Tapi salah satu bahannya daun ketumbar kehabisan pulak...jadi mori gantikan dengan daun selom.  Mori padan kan dengan ikan masin bulu ayam... Laju jer makan... tak hinggat dah diet masa tu.... 
Rasa masam2 jus limau kasturi.... pedas cili api, kerangupan ikan bilis.... memang the best.

Mori salin kan semula resepi nya kat sini...

Resepi Kerabu Ikan Bilis Daun Selom

Bahan-bahannya:
Ikan bilis yang telah di goreng dan di ketepikan.

1 biji bawang holland di potong dadu
5 biji bawang kecil merah di potong dadu
20 biji cili api di hiris halus
3 batang serai di hiris halus
2 biji tomato yang di buang biji dan di potong dadu
1 ikat daun selom atau daun ketumbar yang di hiris kasar
Sedikit garam
1/2 sudu makan gula
Jus limau kasturi (anggaran 10 biji)

Cara-carannya:
Gaul kesemua bahan-bahan tadi kecuali ikan bilis, limau kasturi, garam dan gula.
Masukkan garam, gula dan jus limau kasturi kemudian gaul rata dan rasa.
Mana yang kurang tambah lah ikut selera.
Akhir sekali baru masukkan ikan bilis, gaul rata dan sedia untuk di hidang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...