Pages

Saturday 1 December 2012

Lemak Cili Api Tempoyak Udang dan Petai

Rasanya lama sungguh mori tak buat lauk nie... sampai kena call la adik..refresh balik cam mana nak buat nie... walhal..bukannya susah mana pun..... Resepi nie menggunakan tempoyak sebagai salah satu bahannya. Santan tetap ada jugak.  Tapi sebab tempoyak tu pon dah rasa lemak sangat... mori kurang kuantiti santan dalam masakan ini.  Hasilnya.....ummmphhhhh ada masam2 dari rasa tempoyak...manis dari rasa udang...lemak dari rasa santan...pedas dari rasa cili api ....memang laju jer menyuap nasi ke dalam mulut dengan lauk kan masak lomak nie...hehehehehe... 
Resepinya yang simple dan senang jer nak buat... tak susah dan tak guna bawang.  

Resepi Masak Lemak Cili Api Tempoyak

Bahan-bahannya:

1/2 kilo udang sederhana besar yang telah di bersih kan dan di toskan.
3 papan petai di ambil isi nya
15 biji cili api dan 1/2 inci kunyit hidup di tumbuk sehingga lumat.
2 sudu tempoyak
3 sudu santan pekat
1 helai daun kunyit yang telah di simpul
1 batang serai yang di titik
Sekeping kecil asam keping.
Air secukupnya.
Garam secukup rasa.

Cara-carannya:

Sediakan periuk dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi ke dalam periuk.
Santan dan tempoyak di gaul rata bersama sedikit air dan masukkan ke dalam periuk tadi.
Masukkan serai yang telah dititik.
Masakkan bahan2 nie lebih kurang 10 minit.  Selalulah mengacau kuah.
Jika kuah bertambah kering masukkan lagi sedikit air.
Masukkan daun kunyit yang telah di simpul tadi.
Masukkan petai dan masak sehingga petai lembut.
Kemudian masukkan udang dan kacau selalu sehingga udang bertukar warna dan masak.
Masukkan sedikit garam dan gaul rata.
Taburkan sedikit daun kunyit yang di hiris halus.
Tutup kan api dan sedia untuk di hidang.

2 comments:

  1. hi mori...:))
    menu hari nie...looks great n tempting dear :))
    x penah try msk tempoyak ngan udang n petai...nnti nak try

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...